21.11.09

babi suci

yang dulu suci, dah tak lagi.
yang dulu bersih, dah kotor kini.
jadi, aku bertanya:
siapa yang bersabda janji
bahwa ada yang kekal abadi?
kalau aku berubah,
apa kau bisa menyumpah seranah
pada hukum alam yang telah tertetapkan?
heh, telan saja
mani-mani hakikat ini.
adanya ia menjadi saksi
bahwa kita bukanlah abdi
pada syahwat yang menguasai diri
tapi kita punya prinsip;
prinsip yang kebenaran itu
tak ada yang sejati.
dan, kita bebas memilih untuk jadi
manusia mati
atau jadi babi suci.


qifahsdamha
sabtu 21november2009 01:32pagi

13.11.09

pantai

ada gelombang ombak datang
hempas-hempas tak henti nafas.
apa ia mahu membasuh dosa kita
atau cuma menyapu garam pada luka?

lalu, maharaja membina benteng
tinggi-tinggi beribu kaki.
apa ia mahu menahan ombak celaka
atau cuma mahu terus mengepung kita?

di antara berjuta pasir di pantai,
ada merakam tapak-tapak kaki yang berlabuh.
tapi maharaja mahukan pantai sekata,
terus disapu kesan itu semua.

"yang berlabuh itu komunis.
yang berlabuh itu penjajah.
yang berlabuh itu dajjal.
yang berlabuh itu syaitan.
yang berlabuh itu neraka."
titah maharaja berkokok,
dan kita mengangguk
sampai tersengguk.


qifahsdamha
rabu 09oktober2009 02:23petang

10.11.09

tunggu bebas

di balik huruf yang tersusun
menjadi kata, menitip ayat
dalam perenggan-perenggan
yang saling bersahutan
di atas helaian lusuh ini,
mimpi lama yang membawa
debu ngeri
kini kembali bertiup.
tutup telinga kau,
pejam erat mata
biar buta pekak bisu
menjadi raja
hingga yang dulu habis bertakhta
dan kita bebas
diperhamba.


qifahsdamha
sabtu 07november2009 02:40pagi